Pengacara dan pelakon, Sherry Al Hadad menurunkan berat badan bukan kerana untuk kurus, namun atas faktor keselamatan.

IG Sherry Al Hadad

Menurut pengacara yang happy go lucky ini, doktor pernah menasihati dan mengingatkannya untuk menurunkan berat badan dalam tempoh tiga tahun jika tidak mahu berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit.

Januari lalu, Sherry mengubah gaya hidupnya dan mula bersenam dan menjaga pemakanan. Hasilnya selepas tiga bulan, 11 kilogram telah berjaya dikurangkan.

Sumber: AstroAwani.Com