Walaupun waktu berbuka lambat lagi, tetapi golongan wanita semestinya sudah mula berfikir mahu masak apa untuk berbuka petang nanti.

Nah, jika anda masih tak tahu masak apa petang ini, apa kata anda cuba resepi dari selebriti terkenal, Sheila Rusly, yang berkongsi resepi Penang Prawn Mee a.k.a Mee Udang Penang:

Bahan

Mee kuning
Taugeh
Kangkung
Telur rebus
Fish cake
Dada ayam
Bawang goreng
Limau kasturi
Pucuk goreng

Kuah:
Stok udang
Stok ayam
Fish ball
Kiub ayam maggi

Sambal:
Udang
Udang kering
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi merah
Cili kering(kisar)
Maggi cukup rasa

Cara-cara

– Masukkan stok udang dan ayam dalam periuk.
– Panaskan kuali untuk sambal, tumis bawang merah, bawang putih, cili padi yang dikisar.
– Masukkan cili kering kisar dan sesuaikan rasa dengan Maggi cukup rasa.
– Kemudian, ambil sedikit sambal dan masukkan ke dalam stok campuran udang dan ayam tadi.
– Masukkan kiub ayam Maggi dan bebola ikan. Tunggu sehingga masak.
– Sementara itu, masukkan udang ke dalam kuali sambal tadi dan kacau biarkan hingga sambal masak.
– Celurkan mee dan bahan-bahan lain.
– Hidangkan bersama kuah dan sambal.
– Selamat mencuba!

Sumber: Ig Sheila Rusly