Sebelum ini ada terdengar desas-desus mengatakan isteri pelakon, Sharnaaz Ahmad, iaitu Noor Nabila atau lebih dikenali sebagai Bella sudah hamil.

Kini, pasangan itu mengesahkan berita baik tersebut dengan memuatnaik gambar imbasan ultrasound kandungan cahaya mata pertama mereka.

“Alhamdulillah berkat doa semua, kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah dari Allah swt. Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan baby sihat sempurna insyaAllah Amin,” ujar Bella.

Semoga keluarga kecil Sharnaaz lebih meriah dan lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata tak lama lagi.

Sumber: IG Noor Nabila