Pelakon cantik manis, Emma Maembong, 26 tahun, dilihat sentiasa mendahulukan orang tuanya dan membuat beberapa appreciation post secara terbuka terhadap mereka di laman sosial.

Terbaru, Emma memuatnaik satu video di akaun laman Instagram miliknya mengenai kejutan dia membeli sebuah kereta Mercedes sempena hari lahir ayahnya, Ismail Embong.

Dari kecik kawan2 mesti cerita “ ayah aku CEO” “ ayah aku kerja besar” ayah kau emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau plk tak sekolah mcm mana nk jaga ayah kau. Dari umur 15 dah mula berkerja untuk bantu ayoh.belajar membaca sendiri,belajar erti hidup .bila kita berjalan byk benda perlu berlajar sendiri. Byk cabaran dan dugaan tp apa2 pon yg jadi usaha paling penting. And This is for you ayoh. Thank you sbb jaga tima dgn baik. Dari kecik sampai besar. Tima cuma nk ayoh dan mama bangga dgn tima. Hope you like. Love you so much ayoh. I got my cool sport car from @dtcmotors . Kalau nk cari kereta cantik2 dan murah boleh contact dgn @ali_dtcmotors . Thank you ! #emmamaembong #emanizers @emanizers #xdehalbro

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

This is for you ayoh. Thank you sebab jaga tima dengan baik. Dari kecil sampai besar. Tima cuma nak ayoh dan mama bangga dengan tima. Hope you like. Love you so much ayoh,” tulisnya.

Walaupun hari lahir ayahnya sudah lama berlalu, tetapi Emma tetap gigih berusaha menabung untuk membelikan kereta berkenaan.

IG Emma Maembong

“Tahun lalu ayah ada naik kereta Mercedes milik kawan saya dan dia sangat suka dengan kereta itu. Tapi memikirkan harga agak mahal, ayah diam sahaja,” katanya.

Oleh itu, dia nekad bekerja keras untuk mengumpul duit dan membeli kereta idaman ayahnya sejak tahun lepas.

“Sepatutnya hari lahir ayah bulan April lalu tapi ketika itu wan simpanan saya tak cukup lagi,” jelasnya yang gembira dapat menghadiahkan kereta mewah tersebut kepada ayah tercinta.

Sumber: mStar