Sesiapa dari negara ini yang didapati melakukan umrah secara DIY atau secara sendiri boleh ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Disebabkan itu, kerajaan negara ini menggesa rakyat Malaysia agar tidak membuat perancangan sendiri untuk mengerjakan umrah dan perlu melalui agensi pelancongan berdaftar.

utusan.com.my

Ketua Setiausaha Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Rashidi Hasbullah, memberitahu perkara tersebut semasa memberi penjelasan berhubung isu membabitkan E-Umrah.

“Saya mahu jelaskan bahawa rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan umrah perlu mendapatkan visa daripada agensi pelancongan berdaftar dengan kementerian, dan disahkan sebagai rakan muassasah kepada Kedutaan Arab Saudi,” ujarnya.

“Tolong jangan lakukan perancangan mengerjakan umrah DIY (secara sendiri) kerana kamu boleh ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi jika tidak mengikut prosedur,” jelasnya.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, terdapat kekeliruan kerana segelintir individu menganggap mereka boleh memohon untuk perjalanan umrah secara dalam talian menerusi E-Umrah, dan mengabaikan keperluan lain.

“Saya tahu, kita menganggap lebih mudah berurusan secara dalam talian, maka kita tidak perlu lagi berurusan dengan agensi pelancongan berdaftar. Rakyat Malaysia perlu mematuhi garis panduan sedia ada dan menerusi saluran yang betul,” sambungnya.

Sumber: Berita Harian