Hari ini, ribuan penduduk membanjiri Christchurch, New Zealand, untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban dalam serangan tembakan di dua masjid yang berlaku minggu lepas.

Pada pukul 1.30 petang waktu tempatan, laungan azan berkumandang serta bersiaran langsung di seluruh negara tersebut dan ia disusuli dengan bertafakur selama dua minit.

Dilihat Perdana Menteri, Jacinda Ardern, datang ke taman Hagley Park terletak berhampiran masjid Al Noor, turut bertafakur bersama-sama 4.5 juta rakyat negara tersebut.

time.com

Selain itu, orang ramai turut berkumpul di beberapa bandar seperti Auckland dan Wellington untuk bersama-sama memperingati dan menunjukkan tanda penghormatan terhadap 50 mangsa yang terkorban dalam serangan tembakan masjid.

time.com

Setelah selesai solat Jumaat, penduduk bukan Islam dilihat meletakkan bunga di perkarangan masjid Al Noor walaupun masjid itu masih lagi ditutup untuk kerja baikpulih serta pembersihan dilakukan.

Malah, orang ramai di Australia yang berada di tempat-tempat awam serta kedai turut berhenti untuk bertafakur sejenak.

Sumber: Harian Metro