Seorang rakyat Malaysia yang maut dalam kemalangan bas ekspres di Turki, semalam, disahkan sebagai salah seorang pekerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

freemalaysiatoday.com

Menurut kenyataan PKNS, mereka memaklumkan Allahyarham Azalan Miswan disahkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.45 pagi waktu Turki.

Selain itu, 10 penumpang lain turut cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Afyonkarahisar.

Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan insiden kemalangan membabitkan bas tersebut yang membawa 35 staf PKNS ketika dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia.

Difahamkan, bas berkenaan dikatakan hilang kawalan sebelum terbalik kerana keadaan jalan yang licin.

Sumber: Astro Awani