Selalunya memang agak renyah sikit bila kita mahu buat tart keju kerana ia memerlukan masa yang agak lama dan melalui banyak proses. Berikut merupakan resepi tart keju menggunakan kuali sahaja. Jom cuba buat!

Bahan

Crust:
1/2 cawan butter atau majerin
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telur ayam

Filling:
125 gram cream cheese
1/2 cawan susu segar atau whipped cream
3 biji kuning telur
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen creamy vanilla
Bancuh 1 sudu besar tepung jagung dengan 1/4 cawan susu segar

Cara-cara

– Campurkan semua bahan crust kecuali telur dalam satu bekas atau kuali yang hendak digunakan nanti.

– Ramas hingga sebati. Tambah tepung hingga tak melekat di jari.

– Tambah telur dan sambung gaul hingga sebati.

– Gaul hingga menjadi doh seperti ini.

– Guna senduk untuk ratakan crust dalam kuali. Guna jari untuk bentukkan di bahagian tepi crust tersebut.

– Pakai garfu untuk bentukkan bunga di bahagian tepi.

– Campur semua bahan filling cheese dan kisar menggunakan blender.

– Tuang filling ke dalam kuali.

– Tutup kuali dengan penutup hingga betul-betul rapat. Guna api kecil dan masak 30 minit hingga 35 minit ikut api dapur anda dan jenis kuali anda.

– Jika bahagian tengah sudah kelihatan keras dan bahagian tepi sudah nampak garing, maknanya ia sudah masak.

– Tunggu sejuk sebelum dihidangkan atau lebih enak jika dimasukkan ke dalam peti ais. Selamat mencuba!

Sumber: Fb Azlina Ina