Ramai di antara kita merupakan penggemar pelbagai jenis masakan telur terutama telur goreng. Makan nasi putih, telur goreng mata dan kicap pun boleh buat tambah nasi tau!

Jika anda seorang peminat telur dan makan wajib ada menu telur, apa kata anda cuba resepi mudah, cepat dan menyihatkan ini:

Bahan

5 biji telur
2 sudu makan susu cair
Sedikit daun ketumbar (diracik halus)
3-5 ekor udang hidup (buang kulit dan potong kecil)
Sedikit daging ayam (potong kecil)
Sedikit cili benggala merah (potong dadu)
Sedikit cili benggala hijau (potong dadu)
Garam secukup rasa

Cara-cara

– Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
– Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
– Kukus dalam 5 hingga 10 minit. Angkat dan keluarkan.
– Potong dan sedia dihidangkan.
– Selamat mencuba!

Sumber: Fb Resepi Ramadhan 2018 & Rasa