Selain mencari juadah berbuka yang menarik sepanjang Ramadan ini, ramai golongan wanita juga sudah mula mencari resepi untuk buat kuih raya tak lama lagi.

Jika anda mahukan kelainan pada raya tahun ini, anda boleh cuba resepi tart coklat Cadbury yang maha senang ini:

Bahan

250g butter/marjerin
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar minyak sapi
1 bji kuning telur
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung custard
3 1/2 cawan tepung gandum
Cadbury bar

Cara-cara

– Campurkan semua bahan untuk dibuat sebagai doh tart kecuali coklat Cadbury.
– Letakkan Cadbury di atas doh tart.
– Kemudian, letak lagi satu doh tart atas Cadbury untuk tutup coklat.
– Bakar dalam 20 minit api atas bwah 170°.
– Siap! 🙂

Sumber: Fb Zuraini Alias