Setiap tahun akan ada resepi biskut raya baru tular di laman sosial yang menjadi pilihan orang ramai untuk mencubanya.

Jika tahun lepas biskut raya ulat menjadi fenomena di negara ini, agak-agak apa resepi biskut raya terbaru ciptaan netizen tahun ini?

Resepi biskut 3 bahan ini menjadi pilihan warga laman sosial kerana ia mudah diikuti dan cepat siap. Jika anda mahukan resepinya, boleh ikuti resepi di bawah ini:

Bahan

250g butter
1/2 tin susu pekat manis
500g tepung jagung

Cara-cara

– Panaskan oven.

– Masukkan butter ke dalam mangkuk dan putar hingga hancur.

– Masukkan susu pekat dan putar.

– Kemudian, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk.

– Putar hingga adunan boleh dibentuk.
– Bentukkan adunan mengikut citarasa anda.
– Selepas itu, bakar pada suhu 140C selama 15 minit (mengikut oven masing-masing).

– Siap!

Sumber: Rasa