Seorang lelaki sempat berkongsi cara untuk solat jenazah sebelum dijemput Ilahi apabila terlibat dalam kemalangan di Batu 4, Tunjong, Kota Bharu, semalam.

cempedakcheese.com

Allahyarham Muhammad Afifi Amiri Mohamad Nawawi, 28 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan di kepala dan paha selepas motosikalnya merempuh sebuah jentera bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Zainal Fitri Husain, memberitahu bahawa kira-kira pukul 6.05 petang semalam, mangsa yang datang dari arah Jalan Pasir Hor menuju ke Jalan Pasir Mas merempuh sebuah jentera bomba yang sedang membelok ke Jalan Tunjong semasa lampu isyarat hijau. Difahamkan, mangsa dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh jentera bomba terbabit.

Sehari sebelum kejadian, allahyarham sempat memuat naik status di akaun Facebook miliknya untuk berkongsi cara-cara melakukan solat jenazah.

cempedakcheese.com

Malah, allahyarham sepatutnya bakal berkahwin dua minggu lagi dan segala persiapan telah pun disiapkan, namun ajal pula menjemputnya pergi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat. Takziah untuk keluarga allahyarham.

Sumber: Astro Awani