Bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah, yang telah berjaya menjalani pembedahan membuang ‘Germ Cell Tumor’ dihidapinya di kota London kini semakin sihat.

Menurut ayahnya, Ahmad Safiuddin, Ainul kini kekal sihat dan menunjukkan perkembangan yang positif setiap hari.

Kini, Ainul sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur. Dia kelihatan semakin ceria dan comel selain parut di dagunya sudah semakin pudar.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Ainul kekal sihat dan bertambah ceria sentiasa. Terus doakan Ainul supaya Allah memberikan kesembuhan secara total buatnya. Nampak gayanya, tahun ni dua kali raya kita raya di hospital anak,” ujarnya.

Kelihatan para pengikut Ahmad Safiuddin gembira melihat perkembangan positif anaknya itu dan berdoa agar Ainul sentiasa berada dalam keadaan sihat di ruangan komen laman Instagram.

“Subhanallah semakin sihat semoga terus sihat kesayangan ramai,” tulis salah seorang warga laman sosial di gambar Ainul Mardhiah.

“Gebunya, mulut pun dah mula tutup rapat,” tambah pengikutnya.

Sumber: Gempak