Seiring dengan kemajuan teknologi semasa, Malaysia Airlines menawarkan satu kemudahan terbaru buat para pelanggannya dengan memperkenalkan semak tiket penerbangan melalui Whatsapp.

Menerusi kemaskini terbaru, anda boleh menyemak tiket penerbangan yang telah ditempah dengan MAS hanya dengan menggunakan Whatsapp sahaja. Sangat cepat dan mudah!

Gambar sekadar hiasan

Teknologi terbaru yang dilancarkan buat MAS itu bakal ditambah dengan beberapa perkhidmatan lain akan datang seperti check-in dan sebagainya.

Berikutan itu, syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjadi penerbangan pertama di Malaysia dan antara syarikat penerbangan terawal di dunia yang menggunakan pendekatan terbaru ini.

Sumber: The Edge Markets