Fenomena Istiwa A’zam ialah kedudukan matahari berada di titik Zenith ketika Istiwa dan nilai sudut Istiwa matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah iaitu di mana Kaabah berada.
Difahamkan, matahari akan melintasi garisan latitud Kaabah pada hari Isnin(esok) petang pada pukul 5.28 petang.
InsyaAllah pada 16 Julai 2018, petang Isnin, jam 5:28 petang, Matahari akan melintasi garisan latitud Kaabah, menandakan kembalinya fenomena Istiwa' Adzam.
Peluang keemasan untuk MENYEMAK SENDIRI tandaan arah kiblat kita, sama ada di rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain lokasi. pic.twitter.com/0CqPBB8y71
— Ahmad Musafir (@AhmadMusafir8) July 13, 2018
Ini memberi peluang kepada umat Islam di seluruh dunia untuk menyemak sendiri tanda arah kiblat kita tidak kira berada di mana sama ada di rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain lokasi.
Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @AhmadMusafir8, bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengguna laman sosial itu yang beragama Islam.
Sumber: Twitter @AhmadMusafir8