Ajal dan maut di tangan Tuhan. Itulah yang kita sebagai manusia perlu hadapi kerana kita tidak tahu bila giliran kita akan ‘pergi’.

Anak pelakon allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os, Syafiqa Hayra kini bergelar seorang doktor dan berniat mahu sedekahkan segala pahala ketika berkhidmat sebagai doktor diberikan kepada ayahnya.

Menurutnya, dia telah menunaikan impian ayahnya yang mahu Syafiqa berbakti kepada masyarakat dan menjadi seorang doktor.

Gadis berusia 26 tahun itu baru saja menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan daripada Universiti Mansoura Mesir pada bulan lepas.

“Dia(ayah) tidak dapat melihat kejayaan saya dan saya juga tidak dapat membalas jasanya yang menjadikan saya seorang manusia. Jadi, saya berniat semua pahala saya sepanjang berkhidmat sebagai doktor ini diberikan kepada abah dan ibu,” janjinya kepada diri sendiri kerana ibu bapanya sebab utama dia berjaya.

Untuk pengetahuan anda, Mr Os telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Sumber: mStar