Dilema golongan lelaki apabila ke masjid adalah takut selipar atau kasut mereka hilang terutama pada hari Jumaat kerana kebanyakan kejadian berlaku pada hari tersebut selepas solat Jumaat.

Bayangkan, bagaimana mangsa mahu berjalan pulang ke rumah selepas selipar mereka dicuri? Lagi kesian jika mangsa selipar curi adalah warga emas.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi sekeping gambar mengenai seorang remaja lelaki sanggup mendukung atau memikul rakannya selepas selesai solat Jumaat di sebuah masjid.

Difahamkan, remaja tersebut mungkin berasa kasihan melihat rakannya berjalan ‘kaki ayam’ di atas jalan tar yang panas akibat cuaca panas terik itu lalu memikulnya.

Gambar berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada warga laman sosial dan menyifatkan rakan mangsa sebagai sahabat dunia akhirat kerana memberi pertolongan di saat mangsa memerlukannya.

Sememangnya, tak semua rakan mampu berkorban seperti remaja ini yang sanggup bersusah payah bersama pada zaman sekarang ini.

Sumber: Fb Afnan Rosli