Sebenarnya, para pelancong yang mengambil gambar atau berswafoto di pantai sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand, boleh dikenakan hukuman mati.

travelingyuk.com

Ia berikutan pantai berhampiran lapangan terbang tersebut menjadi popular dengan kehadiran pelancong yang mahu mengabadikan gambar kenangan berlatar belakangkan pesawat yang sedang berlepas ataupun mendarat.

Timbalan Pengurus Besar Lapangan Terbang, Wichit Kaewsaithiam, perbuatan itu jelas boleh mengganggu tumpuan atau fokus juruterbang pesawat.

travelingyuk.com

“Kami sedang merangka zon keselamatan yang dikategorikan sebagai kawasan lapangan dan tidak dibenarkan mengambil gambar. Selain dari kawasan itu, penduduk dan pelancong boleh mengambil gambar seperti biasa,” jelasnya.

Untuk pengetahuan anda, penalti yang dikenakan adalah mengikut Akta Penerbangan Udara 1978 dengan membawa hukuman mati atau hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun.

Sumber: Sinar Harian