Kini ramai yang suka memelihara haiwan peliharaan dan menyambut hari kelahiran mereka dengan memberi makanan mahal sebagai “kek” untuk menunjukkan betapa mereka menyayangi haiwan peliharaan masing-masing.

1075koolfm.com

Pencinta haiwan dan pelakon terkenal, Jennifer Garner, 46 tahun, tidak ketinggalan untuk mengikuti trend terbaru itu dengan meraikan hari kelahiran ayam peliharaannya.

Malah, dia juga berkongsi hari bermakna dalam hidupnya itu bersama pengikutnya di laman Instagram dengan memuatnaik gambar bersama lima ekor ayam peliharaannya.

IG Jennifer Garner

“Sedar tak sedar sudah setahun ‘mereka’ menetas. Cepat betul ‘mereka’ membesar,” tulisnya dan dia kelihatan menyediakan makanan istimewa untuk haiwan kesayangannya.

Dalam perkembangan lain, Jennifer muncul dengan siri video Pretend Cooking Show di Facebook dan antara juadah disediakannya ialah kek coklat, puding serta mufin.

Sumber: Harian Metro