Penyanyi dan pelakon, Mark Adam, 40 tahun, amat bersyukur dan gembira apabila isteri tercinta, Norazah Redzuan, 38 tahun, ‘berhijrah’ memakai tudung.

Menurutnya, keputusan itu dilakukan sepenuhnya oleh isterinya sendiri tanpa paksaan selepas mereka kembali daripada menunaikan umrah pada hujung tahun lepas.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira dengan ‘penghijrahan’ isteri. Sejak pakai tudung, dia semakin cantik,” ujarnya.

“Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ketika melihat penampilan isteri bertudung adalah cantiknya. Sebab memang cantik dia pakai tudung,” jelasnya.

“Sejujurnya, saya suka melihat dia pakai tudung. Sebagai suami, saya sangat gembira. Pada awalnya terkejut juga sebab dia tak ada cakap apa-apa pun. Tetapi ini keputusannya sendiri,” sambungnya.

Mark berharap isterinya akan sentiasa istiqomah untuk berhijrah serta berdoa agar hubungan mereka suami isteri sentiasa berada di bawah lindunganNya.

Sumber: Harian Metro