Drama bersiri Nur mendapat tontonan hingga 2.5 juta ketika ini yang menjadikan ia drama paling diminati pada bulan Ramadan tahun ini.

Dengan jalan cerita yang lain dari lain, drama ini mencipta fenomena tersendiri hingga menaikkan nama para pelakon yang membintanginya.

instagram.com

Antaranya ialah seorang pelakon baru, Raja Muhammad Atiqullah Shah, 18 tahun, yang membawa watak sebagai Mirul menjadi perhatian penonton kerana pandai menjiwai watak diberi malah suaranya lunak mengalunkan surah Ar-Rahman ketika di radio Hot FM baru-baru ini.

Menurutnya, kerjaya seninya bermula dari gerai sotong goreng apabila ada penggambaran filem dilakukan berhampiran gerai jualannya dulu.

instagram.com

“Masa itu, saya berniaga sotong goreng tepung. Bila dah pergi ke set penggambaran tu, ambil gambar dengan artis, barulah hati terdetik nak mencuba untuk berlakon,” ujarnya yang mula berlakon seawal usia 16 tahun.

Tambahnya, dia yang juga dikenali sebagai Atiq Azman pernah bersekolah di sekolah tahfiz yang berada di Kuala Lumpur dan Terengganu tetapi hanya bertahan sehingga tingkatan tiga sahaja.

instagram.com

“Saya tak dapat nak teruskan dan ambil keputusan untuk masuk sekolah menengah biasa saja,” jelasnya yang mahu untuk menyambung pelajaran dalam bidang lakonan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) satu hari nanti.

Malah, keluarga Atiq tiada masalah serta sentiasa menyokong dirinya jika mahu berkecimpung dalam bidang lakonan.

Sumber: mStar