Secret Recipe menawarkan promosi beli dua potong kek percuma satu potong kek khas buat peminat kek Secret Recipe hari ini sahaja bermula pukul 12 tengahari sehingga lima petang.

Untuk pengetahuan anda, promosi ini sah untuk makan di restoran ataupun take away sementara stok masih ada. Bagi sepotong kek percuma, anda hanya boleh memilih kek berharga sama atau harga lebih murah daripada kek yang dibeli.

Promosi ini sah untuk kek menu regular dan premium sahaja dan tidak sah untuk kek bersegi empat, brownies dan chocolate lava cakes.

Difahamkan, promosi tersebut ada ditawarkan di semua cawangan Secret Recipe seluruh Malaysia kecuali di Sabah, Subang Skypark, KTIA, PPUM dan Medini Mall. Ha, kejap lagi jangan lupa serbu Secret Recipe berdekatan korang!

Sumber: Fb Secret Recipe Malaysia