Semalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) keluar bagi pelajar tahun enam di seluruh negara ini.

Pelbagai reaksi dapat kita lihat seperti ada yang menangis kegembiraan, ibu bapa mengalirkan air mata sambil memeluk anak tanda gembira dengan keputusan yang diperolehi, namun ada juga berwajah sugul kerana tidak mencapai keputusan yang dikehendaki.

Seorang pelajar tular di laman sosial apabila gambarnya menangis sambil membawa keputusan UPSR diperolehinya di depan kubur allahyarham ibunya mengundang rasa sebak di hati warga laman sosial.

Difahamkan, nenek kepada pelajar tersebut membuat ucapan tahniah kepada cucu kesayangannya itu di laman Facebook sambil menunjukkan lokasi Tanah Perkuburan Islam Permatang Pauh, Pulau Pinang.

“Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang di sisi opah. Perjalanan mu masih jauh. Jika mama ada di sisimu saat ini pasti dia juga merasa bangga dengan mu,” tulisnya.

“Teruskan perjuangan mu. Engkau anak yang baik dan tabah menerima dugaan. Opah yakin ila akan berjaya satu hari nanti,” sambungnya.

Malah, warga laman sosial turut tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat kepada pelajar yang dikenali sebagai Ila itu.

Selain itu, ada juga mengucapkan tahniah kepada Ila dan memintanya bertabah dengan apa yang terjadi.

Tahniah adik Ila! Semoga mendapat kecemerlangan di dunia dan akhirat serta menjadi seorang yang berjaya satu hari nanti. 🙂

Sumber: FB Aishah Mat Akat