Video mengenai penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 40 tahun, membuat kejutan terhadap peminatnya yang menghidap penyakit polio di stesen televisyen Indonesia, Trans 7, membuatkan ramai yang sebak melihat perjumpaan mereka itu.

trans7.co.id

Pesakit polio, Khusnul Khotimah yang berasal dari Surabaya, Jawa Timur, sebelum ini hanya mampu mendengar suara Siti sahaja dan menyimpan impian untuk bertemu idolanya itu satu hari nanti.

“Terima kasih buat beliau (Siti Nurhaliza) kerana menjadi penyemangat hidup saya. Mendengar suara beliau sahaja sudah memberi semangat buat saya,” ujarnya.

trans7.co.id

Impiannya tercapai apabila dia terlibat dalam satu program bual bicara Hitam Putih terbitan stesen televisyen Trans 7 itu dan dikejutkan dengan kehadiran penyanyi yang menjadi inspirasi untuk meneruskan kehidupannya.

Kelihatan Khusnul terkejut dan menangis kegembiraan bercampur terharu kerana tidak menyangka dapat berjumpa penyanyi kegemarannya berada di depan mata.

Siti Nurhaliza sememangnya amat popular di Indonesia dan disayangi ramai sejak mula mengembangkan karier nyanyian di sana.

Sumber: Astro Awani & Trans 7