Kita sedia maklum mengenai kejadian tsunami yang melanda di negara jiran, Indonesia, pada minggu lepas dan mengorbankan sehingga 280 orang.

Semasa tsunami melanda di Anyer, Banten di Jawa Barat, kumpulan Seventeen Band sedang mengadakan persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort, Pandeglang hingga mengorbankan dua ahli kumpulan tersebut dan seorang hilang termasuk isteri vokalis kumpulan.

Kelihatan vokalis Seventeen Band, Iffan, membuat appreciation post di laman Instagram mengenai kehilangan ahli kumpulan.

Dugaan yang diterima oleh rakyat Indonesia amat berat pada tahun ini berikutan kejadian bencana alam berlaku beberapa kali dalam masa setahun.

Jika dilihat dengan teliti, allahyarham Bani memuatnaik gambar-gambar dengan tajuk berunsur keagamaan. Sedihnya baca!

“Qanaah itu lebih baik, karena kita di dunia ini cuma sementara,” tulisnya di salah satu gambar pada awal bulan ini.

Selain itu, Iffan dilihat memuatnaik video di Instagram meminta orang ramai mendoakan isterinya agar ditemui dalam keadaan selamat. Difahamkan, semalam merupakan hari ulangtahun isterinya, Dylan Sahara.

Semoga mangsa-mangsa yang hilang ditemui dalam keadaan selamat dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban. Semoga tabah menghadapi dugaan. Al-Fatihah

Sumber: IG Ifan, Herman, Bani