Empat tahun lepas, Sarimah Ibrahim, yang merupakan pelakon dan pengacara telah mendirikan rumah tangga bersama kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar. Baru-baru ini, ramai dikejutkan dengan berita bahawa Sarimah Ibrahim sedang hamil anak pertamanya!

“Saya Tidak Percaya Bakal Menjadi Ibu Buat Julung Kali Pada Usia 41 Tahun!” kata Sarimah Ibrahim, saat mengumumkan mengenai kehamilannya menerusi laman sosial Instagram. Sarimah yang kini hamil 4 bulan berasa dirinya cukup teruja untuk berkongsi berita gembira berkenaan selepas lama menyimpan rahsia.

Gambar: Rakyat Post

“Alhamdulillah, inilah kejutan sangat bermakna buat kami, akhir tahun lalu, ketika dalam perancangan ingin bercuti bersama keluarga. Kami mendapat tahu, kami bakal memiliki keluarga kecil sendiri!” katanya sambil menyatakan, semua pihak termasuk rakan perniagaan kini pasti maklum alasannya membatalkan pertemuan mereka sebelum ini.

“Satu rahmat besar daripada Allah, akhirnya doa kami dijawab dengan hadiah yang indah dari syurga. Alhamdulillah untuk keajaiban ini. Sayang (suami) dan saya terlalu bersyukur dan gembira. Tolong doakan yang terbaik untuk kami dan buat putera atau puteri kami,” katanya.

Penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu berkahwin dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, pada 2 April 2015.

Sumber: Berita Harian