Sejak hujung minggu lepas tular kisah mengenai seorang Pencetus Ummah(PU) menceraikan isterinya semasa mengandung melalui aplikasi WhatsApp.

Pelbagai spekulasi timbul apabila PU Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, tidak memberi kenyataan mengenai perkara tersebut selepas ia tular.

Difahamkan, PU Abu menjelaskan dia ada ceritanya sendiri dan sebahagian cerita daripada situasi sebenar yang dikongsikan bekas isterinya, Ain Afini,

Warga laman sosial amat terkejut dan mempersoalkan tindakannya yang menceraikan isteri semasa mengandung dan dikatakan selepas itu dia bernikah dengan seseorang berstatus janda bernama Hana Azraa, seorang founder kosmetik.

“Itu bukan cerita penuh. Saya boleh cakap cerita bekas isteri saya tu bukan cerita sepenuhnya. Ia hanya sebahagian,” ujarnya kepada mStar.

“Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni. Isu saya, bekas isteri dan Hana adalah isu lama,” jelasnya.

Untuk pengetahuan anda, PU Abu ada memuatnaik satu penjelasan di akaun Instagram miliknya sebelum ia tidak dijumpai dan berkemungkinan telah dipadamkan.

“Saya PU Abu memohon maaf di atas kesalahan saya menceraikan isteri ketika mengandung dan saya amat menyesali atas ketelanjuran yang saya lakukan,” tulisnya.

“Saya meminta maaf kepada bekas isteri, @ainafini dan keluarga kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mereka,” katanya.

“Moga saya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang saya lakukan. Saya harap para netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung,” sambungnya.

PU Abu berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut untuk hal seterusnya dan meminta warga laman sosial mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan diselesaikan dengan cara baik.

Sumber: mStar & IG PU Abu