Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, memberitahu banyak perubahan dilakukan oleh kerajaan baru, Pakatan Harapan, selepas berjaya mengambil alih Putrajaya berikutan mereka menang besar dalam Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) bulan lepas.

Tambahnya, selepas PRU14 juga menyaksikan beberapa individu melarikan diri daripada pihak berkuasa hingga sanggup bersembunyi di dalam ladang kelapa sawit.

freemalaysiatoday.com

“Dan saya ingat dia seorang pahlawan berani,” katanya menyindir Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang kini diburu oleh pihak polis.

Pada Jumaat lepas, pihak polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal selepas gagal tampil dan memberikan kerjasama berhubung siasatan polis.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya telah mendapatkan waran tangkap terhadap Jamal mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan sah.

Difahamkan, Jamal terlibat dalam enam kes sedang disiasat di samping tiga kes lain berdasarkan pertuduhan yang dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lepas.

Sumber: mStar