Seorang gadis berbangsa Cina tular di laman Twitter apabila berkongsi gambar dirinya bertudung litup, baru-baru ini.

Dia yang dikenali sebagai @jiaqing28512216, kelihatan begitu ayu dan cantik manis sekali apabila berhijab.

“Lebih suka bertudung sebab bila bertudung ni dapat menutup aurat perempuan. Free hair kadang-kadang rimas juga dengan rambut yang serabut ni,” ujarnya.

“Mungkin sebab saya dah berkawan dengan orang Melayu lama kot. Bila tengok kawan bertudung nampak ayu je semua,” jelasnya.

“Saya tertarik sebab bila tutup aurat i rasa tenang je,” sambungnya yang mula bertudung sejak tahun lepas.

Bukan dia sahaja yang berbangsa Cina tetapi gemar berhijab, seorang pengguna Twitter, @yennierubyyen, turut berkongsi gambar dirinya bertudung di laman sosial tersebut. Cantiknya!

Boleh dikatakan semua warga laman sosial memuji kecantikan mereka berdua yang tampil bertudung. Benda baik apa salahnya kita puji kan? 😉

Sumber: Gempak