Pelakon dan penyanyi Nur Fazura kembali membuka tudung selepas berhijab selama lebih sebulan pada Ramadan lalu.

Perubahan imejnya itu telah dipersoalkan oleh peminat dan juga pengikut laman sosialnya teruama di Instagram (IG) yang rata-rata kecewa dengannya.

Selepas ditanya ramai mengenai tindakannya yang membuka hijab, Fazura tampil membalas komen salah seorang peminat.

Peminat tersebut memberitahu dia ikhlas hendak mengetahui apakah perasaannya membuka hijab selepas sebulan memakainya.

Peminat itu memberitahu dia juga tidak berhijab dan mahu berubah dan berhijrah namun bimbang jika tidak istikhomah.

Fazura tampil menjelaskan dengan panjang lebar mengenai keputusannya yang berhijab hanya pada bulan Ramadan.

Menurut Fazura dia terpaksa menanggalkan hijab kerana perjalanan hidupnya yang sudah tertulis adalah berbeza dengan wanita lain.

Jelas Fazura lagi, niatnya untuk berhijab di bulan Ramadan bukan hanya untuk menghormati bulan suci itu sahaja, ia  kerana mahu melatih dirinya menjadi insan yang lebih baik.

Tambahnya lagi, dia mahu perubahan itu lahir daripada hatinya yang ikhlas dan bukan disebabkan pandangan atau desakan orang lain.