Pelakon cantik manis, Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala, menafikan dakwaan bahawa hijrahnya berkaitan dengan perkahwinan seperti yang dikatakan.

Menurutnya, keputusan untuk berhijab datang daripada dirinya sendiri dan tiada kena mengena dengan individu lain termasuk lelaki.

“Tiada kawan lelaki saya pun tahu saya nak berhijab. Orang pertama yang saya maklumkan adalah kawan baik saya, sehari sebelum saya ke Osaka dan dia menyambut baik hasrat saya untuk berhijrah,” ujarnya.

“Saya bertudung bukan kerana nak kahwin tetapi manalah tahu, Insya-Allah. Saya pun ada terfikir juga, mungkin saya tak perlu menunggu saya berkahwin dahulu baru nak berhijab,” jelasnya.

khalifahmedia.bbn.my

“Allah kata pakai tudung dahulu, selepas itu baru Dia temukan jodoh. Apapun ini rahsia Dia, Dia beri jalan dan saya buat,” katanya.

“Sebenarnya saya sudah lama simpan niat untuk berhijab dan akhirnya mengambil peluang sempena hari jadi untuk betul-betul mula berhijab. Allah beri kekuatan tahun ini,” sambungnya.

“Saya rasa gementar, segan pun ada sebab ini tanggungjawab saya untuk berhijab. Tetapi saya merayu kepada orang ramai jangan letak ekspektasi terlalu tinggi sebab saya masih belajar,” tambahnya.

Sumber: Gempak