Tercapai hajat murni penyanyi baru, Sarah Suhairi, 19 tahun, untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Syria apabila keluarganya memberi restu kepadanya untuk pergi ke sana.

Sebelum ini, keluarga penyanyi cantik manis itu risau akan keselamatan dirinya jika berada di negara bergolak itu.

IG bekindmove

“Namun mereka akhirnya bersetuju apabila kami mengadakan perbincangan dengan pihak penganjur mengenai perancangan ketika berada di sana,” jelasnya.

IG bekindmove

Difahamkan, Sarah menyertai Misi Dapur Kaseh Buat Syria untuk membantu pelarian Syria dan dia ke sana bersama Sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan(NGO).

IG bekindmove

Sukarelawan NGO berkenaan sudah pun berlepas ke Syria pada pukul 7 petang tiga hari lalu. Penyanyi muda itu berharap lebih ramai lagi orang menghulurkan bantuan bagi mengumpul dana sebanyak RM200,000.

“Saya harap semuanya berjalan lancar, kami meletakkan misi untuk membina dapur untuk kegunaan mereka di sana. Mereka juga tiada baju sejuk, jadi kami cuba bantu apa yang termampu,” ujarnya.

Sumber: mStar