Alam perkahwinan mempunyai banyak dugaan dan cabarannya yang tersendiri. Namun, pasangan suami isteri haruslah bijak dalam menangani dugaan yang dihadapi agar dapat mengenali pasangan dengan lebih mendalam.

Kisah seorang lelaki ini pasti akan membuatkan anda berasa masih ada lagi insan yang penyabar seperti lelaki ini.

Menurut seorang pengguna laman Twitter, lelaki itu meminta untuk duduk di kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven lebih lama sedikit.

Selepas itu, lelaki tersebut berkongsi cerita bagaimana dia boleh berada di 7-Eleven itu dan meluahkan perasaan mengenai situasi yang dihadapinya pada hari itu.

Kemudian, dia turut menceritakan mengenai kelakuan isterinya yang tiba-tiba memarahinya di depan orang ramai hingga dia tidak tahan mendengar lalu berjalan kaki dari Rambah, Johor hingga ke Tambak Pontian.

Malah, dia tidak berhenti di situ dan meneruskan berjalan kaki sehingga ke Ulu Pulai. Siap kira berapa jam dia akan sampai rumah nanti.

Lelaki itu duduk di 7-Eleven hingga tertidur sambil menunggu telefon bimbitnya dicaj. Selepas azan Subuh, dia mengucapkan terima kasih sambil menghadiahkan senyuman pahit.

Semoga kisah pasangan suami isteri dijadikan pengajaran untuk kita semua agar lebih berhati-hati dan menyelesaikan masalah dengan cara yang berhemah.

Sumber: Twitter @shrxahmd