Sampai hati! Seorang lelaki sanggup menyiram air panas terhadap isterinya sendiri hanya kerana makanan yang dihidangkan dihurung semut.

Difahamkan, pihak berkuasa Indonesia memaklumkan suspek dikenali sebagai Hendar, 25 tahun, ditahan di Jalan Sudirman, Garut, Jawa Barat, Indonesia, semalam.

Semasa kejadian, Hendar dikatakan sedang duduk untuk makan bersama isteri dan anaknya, namun terus naik angin apabila ternampak banyak semut di dalam sayur daun betik yang dihidang isterinya.

Dia lantas memukul isterinya dengan tangan sebelum mengambil selipar serta sarung golok hingga isterinya tidak bermaya.

Siasatan awal mendapati Hendar melakukan perbuatan itu di kediamannya di Kecamatan Cibalong pada minggu lalu.

“Setelah itu baru saya siram dengan air panas,” ujarnya.

“Sudah saja setelah disiram, saya diam saja, Pak, paling minum kopi,” lapor portal vivanews.com.

Menurut suspek, dia duduk santai di kerusi sambil minum kopi sementara membiarkan isterinya merintih kesakitan selepas disiram air panas.

Berikutan itu, isterinya dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kulit melecur dan kini dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital di Cibalong.

Sumber: Astro Awani & Agensi