Penyerang berbisa pasukan bola Johor Darul Ta’zim(JDT), Safawi Rasid, mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab terbabit untuk beraksi di pentas antarabangsa, tidak lama lagi.

View this post on Instagram

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal. Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah. Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan. Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim ——— Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to confirm that we have received an offer for Safawi Rasid from Portuguese Primeira Liga side Portimonense SC. The club believe the offer is good for both JDT and Safawi, and thus we are willing to let Safawi further his career in Europe. We are unable to reveal details of the offer as final negotiations are still ongoing. Martin Prest, Johor Darul Ta’zim FC Sporting Director Hidup Johor Demi Johor #HarimauSelatan #SouthernTigers #PermataSelatan #JewelOfTheSouth #JDTuntukSemua #JDTforAll

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor) on

Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest, memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” ujarnya.

Menurut laman rasmi Instagram @officialjohor, Tunku Ismail juga dilihat telah bersedia untuk “lepaskan” pemain berbisa itu selepas saingan liga tamat.

Selain itu, baginda turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila berpindah ke Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

bharian.com.my

“Terengganu develop (lahirkan) Safawi, JDT turn into a Superstar. Juara liga, juara Piala FA, Juara Piala Malaysia dan dua tahun bermain di peringkat Kelab Juara-Juara Asia,” tulis kenyataan berkenaan.

Jika perbincangan itu berhasil, Safawi akan menjadi pemain kedua Malaysia pada tahun ini yang berjaya “melebarkan sayap” ke kelab Eropah selepas Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk, Belgium baru-baru ini.

Untuk pengetahuan anda, Safawi tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia(AFC) sebelum ini pernah dikatakan dirisik oleh beberapa kelab di luar negara berdasarkan prestasinya yang cemerlang ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Sumber: Harian Metro