Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa kerajaan akan melaksanakan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 September depan.

Untuk pengetahuan anda, makanan dan minuman kegemaran rakyat negara ini, roti canai dan teh tarik bakal dikenakan SST kerana restoran mamak berada di bawah kategori penyedia perkhidmatan dalam sistem cukai tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), mengesahkan bahawa semua penyedia perkhidmatan yang memperoleh hasil pendapatan tahunan RM500,000 wajib dikenakan cukai tersebut, lapor The Malaysian Insight.

Menurut presiden persatuan tersebut, Ayub Khan Muhamad Yakub, memberitahu bahawa semua gerai dan restoran mamak yang memperoleh pendapatan tahunan mencecah RM500,000 dikehendaki membayar cukai berkenaan termasuklah gerai mamak di kawasan terbuka turut dikenakan cukai memandangkan mereka memperoleh lebih RM1,300 sehari.

Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, pihaknya akan menghantar memorandum kepada kerajaan agar restoran mamak dikecualikan SST kerana 80% daripada pelanggan mereka mempunyai pendapatan rendah.

Menurut laman web rasmi Jabatan Kastam, restoran tersenarai sebagai penyedia perkhidmatan yang dikenakan SST.

Sebelum ini, had bagi penyedia perkhidmatan seperti restoran ditetapkan pada RM3 juta, di mana semua restoran mamak dikecualikan dalam sistem SST lama.

Sumber: Cari