Harga bagi minyak petrol RON97 turun satu sen seliter daripada RM2.81 seliter menjadi RM2.80 seliter bagi tempoh esok sehingga 10 Mei depan.

Dalam tempoh yang sama, harga RON95 dan diesel pula kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter seperti minggu lepas.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga RON95 dan diesel sepatutnya lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan kerajaan.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.50 seliter dan RM2.47 seliter masing-masing,” tulis kenyataan tersebut.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani