Baru saja mendirikan rumahtangga kira-kira tiga bulan lepas, gitaris kumpulan Kristal, Rody, 32 tahun, berkongsi khabar gembira mengenai isterinya, Niena Azman, 31 tahun, sedang hamil anak pertama mereka melalui laman Instagram.

Rody turut berkongsi video semasa mereka membuat pemeriksaan imbasan di hospital sambil bersyukur bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi.

“Assalamualaikum semua… Alhamdulillah, syukur pada Allah aku bakal menjadi daddy tidak lama lagi. Tidak pernah terfikir semua ini akan terjadi dalam hidupku, di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak,” tulisnya di Instagram.

Semoga isteri Rody sentiasa sihat dan kuat sepanjang tempoh kehamilan anak sulung mereka itu. Tahniah Rody dan isteri!

Sumber: Harian Metro