Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM 100 untuk golongan bujang berpendapatan rendah (B40) akan diberikan minggu ini.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bantuan itu akan disalurkan kepada tiga juta penerima dengan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM300 juta.

Katanya, pada 28 Januari lalu, kerajaan telah membuat bayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 kepada 4.1 juta isi rumah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

Gambar: Satu Johor

Sementara itu, Kementerian Kewangan juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM120 juta secara berperingkat mulai minggu ini untuk Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) kepada 1.2 juta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurut beliau juga, kerajaan akan terus memberi perhatian kepada isu kos sara hidup terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan bantuan disalurkan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.

Sumber: Kosmo