Bekas pemain Leicester, Riyad Mahrez, berpindah ke kelab baru, Manchester City, dengan harga perpindahan yang agak tinggi iaitu £60 juta, baru-baru ini.

thesun.co.uk

Peminat terkejut apabila pemain berusia 27 tahun itu datang menandatangani kontrak ditemani ibunya di sebelah.

Berikutan itu, dia dipuji oleh peminat bola sepak di seluruh dunia kerana membawa ibunya ke upacara menandatangani kontrak tersebut.

Kita sudah biasa melihat pemain bola sepak akan membawa ejen mereka semasa proses menandatangani kontrak dengan pasukan tetapi apa yang Mahrez lakukan adalah sebagai tanda hormat kepada ibunya yang selalu ada untuknya.

thesun.co.uk

Turut kelihatan, isteri Mahrez yang berada di sana untuk sambutan sempena perpindahan kelab bola sepak suaminya itu.

Sumber: 9Sport Pro