Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi atau dikenali sebagai Dik Wan, mengharumkan nama Malaysia apabila dia menerima anugerah Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018 semalam.

Fb Majlis Sukan Negara Malaysia

Dia menerima anugerah tersebut daripada Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed pada majlis yang diadakan di Dubai.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada Jawatankuasa Paralimpik Asia kerana memberi penghargaan ini. Ia membakar semangat saya untuk terus melakar pencapaian lebih baik selepas ini,” ujarnya.

Fb Majlis Sukan Negara Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Ridzuan telah mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 (celebral palsy) dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta pada Oktober tahun lepas.

Difahamkan, dia meraih tiga emas di Jakarta itu muncul atlet pertama Malaysia diberi pengiktirafan anugerah berkenaan.

Fb Majlis Sukan Negara Malaysia

Terdahulu, atlet itu mencipta rekod dunia acara 100m lelaki T36 dengan masa 11.87 saat bagi memadam rekod dunia lama, 11.90s milik atlet Russia, Evgenii Shvetcov yang dilakukan pada Kejohanan Dunia 2013 di Lyon.

Malah, dia juga memadam rekod Sukan Para Asia acara lompat jauh dengan catatan terbaiknya 5.59m dan memadam rekod lama (5.45m) yang dilakukan oleh Yang Yi Fei pada 2016.

Sumber: Berita Harian