Sebelum ini kecoh seketika apabila video mengenai sebuah restoran daun pisang di Bangsar membasuh pinggan makanan menggunakan air lopak di belakang restoran tular di laman sosial hinggakan restoran tersebut diarahkan tutup oleh pihak berkuasa.

Kemudian, tiga restoran di Petaling Jaya diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) minggu lepas berikutan masalah kebersihan kurang memuaskan.

friedchillies.com

Kini, dua daripada tiga restoran di Petaling Jaya itu dibenarkan beroperasi semula selepas penutupannya ditarik balik.

“Kedua-dua restoran daun pisang iaitu Restoran Raju dan Sri Paandi, dibenarkan untuk beroperasi selepas dua hari,” ujar Ahli Majlis MBPJ, Sean Onn.

Walau bagaimanapun, Restoran Gasing masih lagi ditutup kerana kerja baikpulih sedang dijalankan.

venoth.blogspot.com

“Kedua-dua restoran itu dibersihkan dengan cepat supaya pasukan kesihatan kami gembira semasa pemeriksaan kali kedua dilakukan,” tambahnya.

Minggu lepas, pasukan kesihatan menjumpai menjumpai najis tikus dan lipas yang tersembunyi di sudut almari, lantai bahkan di dalam peti sejuk di ketiga-tiga restoran berkenaan semasa serbuan secara rawak dijalankan.

Selain itu, antara kesalahan lain dilakukan pemilik restoran-restoran tersebut adalah ketiadaan perangkap minyak di restoran menyebabkan semua minyak dan debu mengalir ke saluran air di belakang deretan restoran.

Sumber: mStar