Jika sebelum ini tular mengenai sardin yang mengandungi cacing, kini muncul pula asam pedas “cacing” di Melaka.

Sebuah restoran asam pedas di negeri tumpuan pelancong itu dikesan makanan dijualnya mengandungi cacing tular di media sosial, kelmarin.

Menurut Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr Ghazali Othman, memberitahu bahawa restoran tersebut gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Kita akan serahkan hasil siasatan kepada Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Low Chee Leong hari ini sebelum ia disampaikan kepada Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari,” ujarnya.

Harian Metro

Selain itu, Dr Ghazali menasihati agar semua pengusaha kedai makan dapat menjaga kebersihan makanan serta mematuhi standard kebersihan memandangkan negeri itu merupakan tumpuan pelancong.

“Apabila terjadi kes seperti ini ia akan merosakkan imej kedai tersebut dan juga pengusaha kedai makanan lain dan akhirnya merugikan diri sendiri,” tambahnya.

malaysiagazette.com

Difahamkan, restoran itu diarah tutup selama dua minggu bermula kelmarin untuk kerja-kerja pembersihan restoran.

Sumber:mStar