Seorang lelaki berusia 87 tahun membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk dirinya menimba ilmu sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Menurut cucu kepada datuk tersebut, @eikazulaikha_, pada mulanya datuknya tidak mahu menghadiri hari konvokesyen beliau tetapi akhirnya pergi juga selepas dipujuk oleh seluruh ahli keluarga mereka. Comelnya atok!

Difahamkan, datuk Eika gemar menambah ilmu pengetahuan dan sentiasa melakukannya kerana minat, bukan kerana segulung ijazah sahaja.

Untuk pengetahuan anda, datuk Eika berjaya mendapat ijazah sarjana muda dalam Teaching English as a Second Language(TESL).

Tweet yang dikongsikan oleh Eika itu mendapat perhatian warga laman sosial sehingga mendapat perkongsian sebanyak 16.9 ribu dan liked 24.1 ribu.

Warga laman sosial turut mengucapkan tahniah di samping menjadikannya sebagai contoh kerana semangatnya yang cintakan ilmu.

Sumber: Twitter @eikazulaikha_