Hantu kopi mesti rasa tidak lengkap kalau sehari tak pekena minuman kegemaran mereka, iaitu kopi. Bagi peminat tegar nescafe, anda mesti cuba resepi bancuhan nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal.

Resepi ini dikongsikan oleh seorang lelaki yang pernah mempunyai pengalaman berbelas tahun bekerja sebagai ‘barista‘ di Starbucks.

Resipi bancuhan nescafe paling sedap:

1. Ambil satu sudu kecil nescafe seperti gambar di bawah.

2. Masukkan 2 – 4 sudu kecil susu cair.

3. Masukkan 1 setengah hingga 2 sudu susu manis.

4. Campurkan kesemua bahan dan gaul sekali.

5. Apabila semua bahan dicampur dan dikacau, warna dan baunya seperti bau macam dekat Starbucks. Jangan risau, nescafe ini tidak terlalu manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.

6. Selepas kacau, tuangkan air yang betul-betul panas mendidih. Tuang air sehingga 3/4 penuh sahaja.

7. Akhir sekali, dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah. Kalau anda perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang ini yang kita nak. Kalau nak lagi sedap, letak sesudu minyak kelapa dara.

Sumber: Vitdaily