Telur goreng boleh dikatakan membuka selera kita walaupun hanya makan nasi, kicap dan telur goreng. Malah, telur dadar juga menjadi pilihan ramai untuk dimakan bersama apa-apa jenis lauk. Jika anda mahu memasak sesuatu yang berbeza, apa kata anda cuba resepi telur dadar tiram daripada Master Chef Brian ini:

Bahan

200gm tiram
5 biji telur
1 batang daun bawang (dihiris)
1 cili merah (potong dadu)
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar minyak
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara-cara

– Panaskan minyak dalam kuali.
– Pukul telur dengan sos ikan, gula, garam, lada sulah.
– Tuangkan campuran telur tadi ke dalam kuali.
– Kacau hingga hampir masak tetapi masih cair.
– Taburkan tiram, daun bawang dan cili.
– Masak hingga mudah untuk diterbalikkan.
– Masak lagi seminit selepas telur diterbalikkan.
– Siap! 🙂

Sumber: Cari