Membuat tart telur memang agak rumit kerana ia perlu dibakar dua kali dan tempoh untuk menyiapkannya juga agak lama.

Namun, ia berbaloi apabila sudah siap dibakar kerana rasanya begitu sedap sekali. Memang layan bila dapat makan tart telur panas-panas lepas siap dimasak.

Bahan

Bahan untuk kulit tart
65gm butter
30gm gula icing
125gm tepung gandum
1 sudu besar kuning telur
1/2 sudu besar air
Esen vanila sedikit

Bahan untuk inti
5 biji telur gred A atau B
1/2 cawan gula kastor
11/2 cawan air panas
1 cawan susu cair
Sedikit esen vanila

Cara-cara

– Masukkan semua bahan untuk kulit tart ke dalam satu mangkuk dan gaul sebati. Bakar 180 darjah selama 20 minit mengikut oven masing-masing. (kulit dibakar dahulu)
– Kemudian, masukkan semua bahan untuk inti ke dalam satu bekas dan kacau sebati.
– Letakkan bahan inti ke atas kulit yang telah dibakar awal tadi.
– Bakar tart 180 darjah celcius selama 20 minit hingga 25 minit ikut kesesuaian suhu oven masing-masing.

– Jika ingin tahu tart telur dah masak atau belum, goyangkan oven sikit dan jika inti telur tu masih bergoyang maksudnya ia belum masak.

– Sentiasa tengok tart telur kerana jika terlebih masak/panas, permukaannya akan menggerutu.
– Hati-hati semasa anda tuang inti telur ke dalam tart kerana jika terkena sekelilingnya, ia akan bertukar warna hitam jika sudah dibakar.
– Selamat mencuba! 🙂

Sumber: Fb Nurul Ain & Irfan