Sudah masuk 10 Ramadan terakhir kita berpuasa, pasti ramai yang sedang membuat persiapan untuk menyambut Syawal yang bakal tiba. Salah satu elemen penting dalam menyambut lebaran sudah pastinya kuih raya yang akan dihidangkan kepada tetamu yang datang beraya.

Ramai yang selalu makan tart nenas gulung, tart nenas bunga dan tart nenas buah kan? Mungkin kali ini anda boleh cuba pula buat tart nenas dalam bentuk kiub yang sememangnya tengah viral sekarang ini. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

-1 cawan [email protected] marjerin (saya guna buttercup je)

-2 sudu besar gula Kastor @ 2 sudu besar susu pekat

-1 sudu kecil esen vanilla

-2 sudu besar minyak sapi

-2 sudu besar susu tepung (optional)

-1 biji kuning telur

– Secubit garam

– ¼ cawan tepung kastard (Ayak)

– ¼ cawan tepung jagung (Ayak)

– 2 ½ cawan @ secukupnya tepung gandum (Ayak)

*Jika doh lembik sila tambah tepung gandum secukupnya*

Bahan Hiasan

-Kuning telur + sedikit pewarna kuning

CARA-CARANYA
-Satukan butter, telur, gula/susu pekat, esen vanilla, minyak sapi, dan garam. Pukul sebati, guna senduk kayu sahaja.

-Masukkan susu tepung, tepung jagung, tepung kastard. Pukul lagi..

-Masukkan pula tepung gandum sikit demi sedikit.. Uli doh dengan tangan.. Jika doh melekat dekat tangan, tambah tepung gandum dalam 1 atau 2 sudu besar.

-Masukkan doh dalam mould, letak separuh je, nanti letak inti, pastu tutup degan doh.. Simpan dalam peti lebih kurang sejam.. Boleh keluarkan dari mould.

-Sapu tray dengan sedikit butter, susunkan tart dalam tray dan sapukan kuning telur diatasnya.. Bakar lebih kurang 25-30min.. Suhu 170c.. Api atas bawah.

Sumber:Sirap Limau