Golongan bekerjaya pasti akan mencari resepi atau makanan mudah siap dan masak untuk bersahur pada bulan puasa ini kerana mereka terlalu sibuk untuk masak masakan yang memerlukan masa lama.

Kini, banyak sambal yang boleh dimakan bila-bila masa dan anda hanya perlu pastikan sambal yang dimasak betul-betul masak dan kering. Berikut adalah salah satu resepi ringkas sambal ubi kentang rangup yang sesuai untuk bersahur atau berbuka puasa daripada seorang selebriti tempatan, Sheila Rusly:

Bahan

Ubi kentang (hiris rendam dgn air kapur)
Cili kering
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Ikan bilis goreng

Cara-cara

– Goreng ubi kentang dan ikan bilis secara berasingan dan ketepikan.
– Tumis cili kering, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan dalam kuali.
– Bila sambal dah masak, padam api dan biar sambal sejuk sebentar.
– Kemudian, masukkan ubi kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
– Gaul hingga sebati.
– Siap! 😉

Sumber: Fb Sinaran Wanita & IG Sheila Rusly