Nasi lemak merupakan makanan yang popular di Malaysia. Nasi lemak bukan sahaja di makan pada waktu pagi, malah ia sesuai di makan pada bila-bila masa sahaja. Jikalau di Malaysia ini, nasi lemak boleh dikatakan di jual pada setiap masa sama ada waktu pagi, tengah hari, mahupun tengah malam.

Kita semua tahu, nasi lemak yang sedap adalah apabila sambalnya sedap! Berikut adalah perkongsian oleh Rose Niey tentang resepi dan petua untuk masak sambal yang sedap!

Bahan-bahan:

10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
Satu genggam ikan bilis
15 tangkai cili kering
Gula melaka
Gula
Asam gelugur
Garam

Cara membuatnya:

1. Kisar bawang merah dan bawang putih bersama ikan bilis. Kisar kasar-kasar.

2. Tumiskan bawang yang dikisar bersama ikan bilis tadi. Bila dah betul-betul garing, masukkan cili kering kisar dan kacau sekali sekala je.

3. Masukkan Nisan (gula Melaka), gula, asam gelugur. Bila nak kering kuah masukkan ikan bilis setengah mangkuk dan garam secubit. Perasa lain-lain nak letak pun boleh, tak nak letak pun tidak mengapa.

Siap! Mudah bukan?

Sumber: Vitdaily